| Sumber: Google |
Lobak merah sebagai milk booster?
Ya. Selalu org cakap, minum atau makan lobak putih. Tapi jarang lobak merah. Aku ada terbaca kat dalam satu group ibu hamil kat FB, dimana dengan meminum air lobak merah, mampu menambah jumlah susu. Oleh kerana Sulaiman dimasukkan ke hospital sebab kuning, aku dah termasuk dalam golongan ibu yg terdesak utk meningkatkan jumlah susu.
Akhirnya, aku pergi ke pasar, beli lobak sebanyak 3 biji. Balik rumah, aku blend lobak, lepas tu buat air lobak susu. Sebiji lobak utk air 1 liter. itu utk sekali minum. Lepas tu, alhamdulillah, dapat lah juga 2oz utk sekali pam. Setiap sesi. aku dpt 2 oz, dgn kekerapan sejam utk setiap sesi.
Tapi, silapnya aku, sebab carrot merah ni warnanya oren, makanya boleh jd penyebab susu aku jadi oren. (Memang oren, sebab bila pam, ade nampak warna oren). Makanya, antara penyebab kuning anak aku lambat turun. Terpaksa la aku berhenti minum carrot susu. Huhu.
No comments:
Post a Comment